Syafiyullah Yahya
Dealer Public Gold PG00254513
Siapa saya
Nama saya Syafi.
Saya bina Mula Emas untuk berkongsi perkara yang saya belajar tentang menyimpan, kewangan peribadi dan emas. Saya juga merupakan dealer Public Gold.
Tetapi tujuan utama website ini bukan untuk meminta orang terus membeli emas.
Saya mahu orang faham dahulu:
- kenapa kita perlu menyimpan
- apa kesan inflasi pada kuasa beli
- bagaimana membina habit kewangan
- di mana emas boleh memainkan peranan
Kemudian setiap orang boleh membuat keputusan sendiri.
Cara saya bekerja
-
Saya terangkan dahulu, jual kemudian.
Semua artikel di sini percuma untuk dibaca. Tiada apa yang perlu anda beri.
-
Saya dealer, dan saya beritahu terus.
Kalau anda daftar guna kod saya, saya dapat komisen daripada Public Gold. Harga yang anda bayar ialah harga rasmi yang sama untuk semua orang. Public Gold tidak mengenakan komisen tambahan atas pembelian emas anda.
-
Saya tidak janjikan pulangan.
Harga emas boleh naik dan boleh turun. Emas bukan jalan cepat kaya. Apa yang saya boleh janji ialah penerangan yang jujur.
-
Kalau saya tidak pasti, saya kata tidak pasti.
Sumber saya ialah dokumen rasmi dan prosedur yang boleh disemak, serta pengalaman saya sendiri.
Bagaimana saya boleh bantu
- Panduan mula untuk pemula.
- Artikel belajar tentang asas kewangan dan emas.
- Kalkulator simpanan untuk jumlah caruman anda.
- Public Gold kalau anda sudah bersedia mula.
WhatsApp saya di +60 19-372 9504 kalau anda tersekat di mana-mana langkah. Saya baca dan jawab sendiri.
Buka akaun emas
Akaun didaftarkan di bawah saya terus, jadi PG code sudah dimasukkan untuk anda. Anda hanya isi butiran diri.
Akaun junior untuk anak bawah 18 tahun, diiringi ibu bapa atau penjaga. Pendaftaran tertakluk kepada kelulusan Public Gold.